Saturday, December 15, 2012

BERAKHIRNYA KONVOKESYEN, BERMULANYA PERJALANAN ...

Ya Allah..lamanya tak update blog..mungkin ramai ingat aku dah tutup terus je blog ni..mmg dah malas sgt nak guna blog sebenarnye tp disebabkan nak kongsi cerita sedikit...so cuba la merajinkn diri update sekejap walaupun busy memanjang je sekarang ni...minggu dpn boleh dikatakan setiap hari ada test..mane tak gila kan..nasib baik tak gila selama-lamanya..haha..okay utk pengetahuan semua yang tak tahu...saya dah sambung degree...dha nak habis satu sem pun..sekejapnye masa berlalu...

Okay,pada khamis yang lepas iaitu pada tanggal 6HB DISEMBER 2012...saya..kami & kesemua pelajar DIPLOMA SAINS UiTM Kuala Pilah telah selamat berkonvokesyen di DATC UiTM Shah Alam..Alhamdulillah itu la yang dinantikan oleh kami semua walaupun HANYA DIPLOMA...diploma pn dah okay..sekurang-kurangnya bersyukur dari org lain yang tak dapat peluang sambung belajar.. malam 5 disember tu dah bergerak ke UiTM Shah Alam untuk menetap di bilik kawan kat kolej melati semata-mata sebab tak nak lambat pegi dewan esok paginya..last2 family aku yang gerak dari Nilai pun sampai lg awal dr aku yang sememangnya dah ade kat UiTM Shah Alam ni..haha..


Pagi 6hb disember semua bergerak ke DATC menaiki bas dengan kain kembangnye..agak terseksa disitu ye nak naik bas...sepatutnye naik kereta kuda kot baru selesa sikit..haha..demand sgt..sampai2 dewan je dengan kelam kabut tak pakai jubahnye dah kena panggil masuk beratur...memang serabut la time tu...dengan nak cari giliran beratur lagi..nasib baik la nama aku start dgn huruf "F" ..jadi dtg terus tgk dekat kwn2 yang beratur bahagian dpn2..tak ada la kena beratur jauh sgt...tapi lama jgk la nak tunggu giliran masuk dewan sebab nak tunggu giliran ke 914 utk masuk dewan mmg panjang la kan..

Family aku datang2 je terus duduk kat khemah..adik aku tak habis2 mesej bila nak sampai dewan...haha..sori la pagi tu memang busy bersiap dgn naik basnya pastu sesak dengan orang nak pegi kelas ditambah pula sesak dgn nak konvokesyennye..last2 nak dekat pukul 8 baru sampai dewan..ke 8 lebih...haha..antara family aku yang dapat hadir hari tu..walid,umi,reeza,iwan,ann,hazeeq & humairah..eh ade lagi sorang Muhamad Khairyl Redzuan..

umi,humairah,& walid

humaira & abg kesayangannya.. :P

humaira pakai cardigan..haha..padahal baju tidur je..sbb bangon awal pagi..

anak manja umi & walid..
Sebelum masuk dewan..masing2 dah start rasa nervous..padahal masuk dewan je pun..sbb nervous adalah dr luar aku tgk budak2 yang masuk dewan semua kamera menghala ke diorang..mane tak nervous masuk tv oi...haha..glamour sekejap..hehe..aku mengharapkan yg aku tak dapat barisan tempat duduk belakang sbb aku rabun dan aku malas nak pakai spec..tp mmg hari tu nasib aku bertuah sgt2 sbb dpt barisan paling hadapan sekali...arghhh lagi la tak nak..kena cover sepanjang masa..duduk pun kena sopan..dengan rasa lenguhnye nak tunggu giliran aku yg ke-914..pastu kamera tak habis2 menghala ke arah aku..pastu nara pun mesej aku ckp "atin..bersedia..jap lagi muka kau masuk tv" ..haha...bila kamera menghala ke aku..aku buat2 senyum jelah..padahal aku tak tahu nak buat reaksi ape..haha..ade yang ckp "apsal atin tak lambai2"..haha..segan gila nak lambai sbb lama pulak tu kamera tu menghala ke situ..






Semasa penyampaian skrol..lagi la nervous nak naik pentas...aku berharap yang aku tak jatuh..tak terpijak kain yg kembang itu...dan tak tunduk sgt masa ambik skrol...nanti gambar masa ambik skrol tak lawa...tak tahu la gambar aku sebenarnye lawa ke tak..haha..ambik pun tak lagi...Alhamdulillah penyampaian skrol berlaku dgn pantas dan tidak berlaku perkara yang memalukan.. Walid & reeza sahaja yang masuk dlm dewan utk tgk penyampaian sijil diploma aku..umi duduk luar tgk dekat skrin besar je sbb tak larat nak tunggu lama2 dlm dewan...haa lupa nak ckp..penyampaian skrol diploma ini telah disampaikan oleh Naib Canselor UiTM sendiri iaitu sape lagi kalau bukan Dato' Sahol Hamid..

nampak kan gambar aku kat skrin tu..Dato' Sahol sampaikan skrol..


panjang tak janggut walid...haha..

aku berdiri dekat barisan belakang kamera man itu...yang kiri sekali.. :P

persembahan koir..


masa ni masing2 bersesak nak keluar..tak sabar nak jumpa dgn family masing2..
Bermula la sesi mengambil gambar bersama seisi keluarga & sahabat2 seperjuangan...masa ni keluar2 je dah mcm lost gila..sbb ramai gilaorg sampai hampir 15 minit tak jumpa2 lagi family aku...org lain dah berseronok..aku masih bersedih mengharapkn famil yaku dpt dikesan secepat mungkin..haha..rimas sbb ramai sgt org time ni...time ni pun busy kol khairyl sebab dy sesat dgn tak jumpa parking utk pegi DATC..yang sedihnye tak dapat bergamabr dgn semua kawan2 rapat..ade yg balik awal...ade yg busy dgn family..kwn rapat yang tak dpt bergambar bersama ialah biha...biha time tu busy ambil gmbr dgn family & pakwe baru dy..Tahniah biha sbb dpt ANC & pakwe..eh..haha...senyap2 je ye budak kecik ni...ok jom tengok banyak lagi gambar sepanjang hari konvokesyen berlangsung..tahniah kawan2 semua...semoga berjaya untuk degree pulak..banyak lagi cabaran yang harus ditempuh..

umi & walid yang sentiasa bagi sokongan & dorongan..








umi

nara

walid

reeza



tipah & zureen

nadiah



tasha

que & tasha

my dear khairyl

mira

mira & jia

nabila,mira & jia..masa ni semua dah penat..muka malas gila nak ambik gambar..


acara membaling topi adalah gmbr wajib utk budak2 konvo..

rosak habis semua..haha

mira,irma,fatin,nabila

one happy family...wee~


terima kasih sbb susah payah dtg jauh dr melaka..

kami sahabat dunia akhirat..

budak kecik pegang bear abg khai..

suka gambar ni...hehe

gambar ni pun suka jgk..budak kecik menyelit kat tengah2..

saya dah ade diploma!!


gambar kat stadium UiTM Shah Alam..




Tamat konvokesyen untuk diploma..bermaksud bermulanya perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar degree..degree kat mana? Aku sekarang meneruskan pengajian di UiTM Puncak Alam dalam bidang fisioterapi...Alhamdulillah dah nak habis satu sem...final exam pun tak lama lagi & aku sangat takut ,nervous, dilema sangat2 sekarang ni...aku mengharapkan semuanya berakhir dgn kejayaan..Aminn..Ya Allah..kuatkan hati aku untuk terus berada di tahap ini.. terima kasih atas nasihat,semangat yang diberikan..aku tak sampai hati nak hancurkan harapan walid & umi...

p/s : lepas ni kena rajin update blog la..insyaAllah...banyaknye keje nak buat..